Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Salah seorang daripada pemerintah kumpulan Hashd al-Sha'bi (Gerakan Mobilisasi Rakyat), Hasan al-Sari di dalam temu ramahnya dengan sebuah media tempatan Iraq berkata bahawa pemimpin kumpulan pengganas Takfiri Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi kini bersembunyi di wilayah Tal'afur di utara negara Arab itu.
Dia menambah dengan mengatakan bahawa Abu Bakr al-Baghdadi yang berada di wilayah utara Iraq sentiasa bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dan mengelakkan diri daripada mendiami sesuatu tempat untuk tempoh yang lama.
Pemerintah kumpulan sekurelawan itu berkata bahawa Baghdadi lebih kerap dilihat berada di wilayah-wilayah di Syria dan para pemimpin kumpulan kanan kumpulan itu turut dilaporkan telah meninggalkan Mosul sekitar sebulan yang lepas.
Perdana Menteri Iraq, Haider Abadi sebelum ini pernah mengatakan bahawa pemimpin Daesh itu kini semakin terasing dan pergerakannya pula sentiasa dipantau. Beliau membuat kenyataan itu di dalam sebuah temu ramah dengan wartawan daripada rangkaian televisyen France 24. Akan tetapi Abadi enggan memberitahu wartawan berkaitan lokasi sebenar ketua pengganas itu.
Ketika bercakap kepasa wartawan France 24, Abadi berkata operasi tentera Iraq dan sekutunya setakat ini telah berjaya membunuh dan menghapuskan sebilangan besar pembantu ketua kumpulan pengganas itu.
"Dia keseorangan ketika ini. Dia tidak punya sesiapa untuk dipercayai. Dia dalam keterasingan dan kami sedang memantau pergerakannya," kata Abadi sambil menambah bahawa Baghdadi berusaha untuk tidak menonjolkan diri pada masa ini. "Komunikasinya dengan pengganas yang lain sangat terhad dan pada kebanyakan masa perkara itu tidak wujud langsung."
/315
1 Mei 2017 - 16:03
News ID: 827168
Salah seorang daripada pemerintah kumpulan Hashd al-Sha'bi (Gerakan Mobilisasi Rakyat) di dalam temu ramahnya dengan sebuah media tempatan Iraq berkata bahawa pemimpin kumpulan pengganas Takfiri Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi kini bersembunyi di wilayah Tal'afur di utara negara Arab itu.